Rabu, 31 Mac 2010

Perjumpaan Pengakap Siri 5

Petang tadi pengakap Seri Tunjong telah mengadakan pertemuan di mana beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya
  • Melafaz Persetiaan Pengakap
  • Menyanyikan lagu pengakap
  • Menyanyikan lagu Wairsan
  • dan bekajar ikatan
Lebih menyeronokkan kerana semua guru pemimpin pengakap telah hadir termasuk guru-guru praktikum dari Kampus Kangar dan IPDA turut serta memberi tunjuk ajar dan buah fikiran dalam ilmu berpengakap.

Beberapa perancangan aktiviti juga telah ditetapkan bagi memenuhi slot perjumpaan untuk sir-siri yang akan datang. Akhirkata, pengakap " Buat Sehabis Baik"

Jumaat, 12 Mac 2010

Taklimat Khas - Pendaftaran Keahlian Pengakap

Pada hari Rabu 10 Mac 2010 jam 12.30 tengahari telah diadakan satu perjumpaan pengakap bertempat di Pusat Akses.

Tujuan perjumpaan tersebut bagi mengedarkan borang pendaftaran keahlian pengakap kepada murid-murid yang menganggotai badan beruniform tersebut. Bayaran sebanyak RM3 telah dikutip kepada murid-murid bagi tujuan tersebut.

Pendaftaran keahlian dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan murid-murid dapat melibatkan diri dengan aktiviti berpengakap bukan sahaja di peringkat sekolah malah dapat bergiat aktif di peringkat negeri dan persekutuan.

Khamis, 11 Mac 2010

Meeting Pengakap Kali 1 Tahun 2010

Antara agenda mesyuarat:

1. Yuran pendaftaran - Penganjur yakni sekolah bayaran yang dikenakan RM10, Guru pemimpin RM5 dan murid-murid RM3 setahun

2. Semua guru-guru pemimpin pengakap dikehendaki mengisi dan menghantar borang Tauliah Pengakap kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri dialamat Pusat Ko Kurikulum Tasoh.

3. Aktiviti peringkat Negeri
- Perkhemahan Kepimpinan Pengakap 7 hingga 9 mei 2010 khas utk sekolah menengah, bagaimanapun acara penutup semua sekolah rendah dikehendaki menghantar wakil.
- Perkhemahan Satu Malaysia
- Jambori Budaya Indonesia

Carta Organisasi

Carta Organisasi

LENCANA PENGAKAP

LENCANA PENGAKAP