Jumaat, 12 Mac 2010

Taklimat Khas - Pendaftaran Keahlian Pengakap

Pada hari Rabu 10 Mac 2010 jam 12.30 tengahari telah diadakan satu perjumpaan pengakap bertempat di Pusat Akses.

Tujuan perjumpaan tersebut bagi mengedarkan borang pendaftaran keahlian pengakap kepada murid-murid yang menganggotai badan beruniform tersebut. Bayaran sebanyak RM3 telah dikutip kepada murid-murid bagi tujuan tersebut.

Pendaftaran keahlian dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan murid-murid dapat melibatkan diri dengan aktiviti berpengakap bukan sahaja di peringkat sekolah malah dapat bergiat aktif di peringkat negeri dan persekutuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carta Organisasi

Carta Organisasi

LENCANA PENGAKAP

LENCANA PENGAKAP